Kami Bangga Menjadi Guru

Kami Bangga Menjadi Guru
~PreschooL Education~

Saturday 1 September 2012

Permainan Kecil "Tripy Game" Kategori Pemukul dan Pemadang


TRIPY GAME bermaksud gabungan nama diantara "Triangle and Pyramid". Ini kerana permainan yang dianjurkan oleh kami ini dilakukan dalam gelanggang berbentuk segi tiga dan piramid. 



1.0 Matlamat       :
Salah satu usaha untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan guru-guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu projek. Melalui projek ini, guru pelatih dapat meningkatkan keyakinan diri disamping berusaha gigih untuk mengumpul mata serta memenangi sesuatu permainan.




2.0 Objektif         :
             i.        Untuk memberi keseronokan dan kepuasan.
            ii.        Sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama.
           iii.       Untuk perkembangkan kualiti fizikal yang dikehendaki.
           iv.        Untuk mengenalpasti dan mencungkil bakat sukan dalam kalangan murid.
            v.        Untuk perkembangan personaliti murid-murid.
           vi.       Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan kualiti kepimpinan.
    vii.   Membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan murid-murid.
        viii.     Sebagai satu saluran mempraktikkan integrasi dan toleransi.
           ix.      Menggalakan murid-murid menyelesaikan masalah dan berfikiran kreatif.
            x.       Memenuhi kehendak tugasan yang diberi.



3.0 Panduan  Pelaksanaan Permainan “TRIPY GAME”.

1.   Melakukan undian dengan “toss coin”.
2. Pasukan yang menang akan memulakan permainan dan secara automatiknya akan menjadi pasukan A (Pemukul).
3. Ahli pasukan mengambil posisi untuk memulakan permainan. 
4. Mulakan permainan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
5.  Pembaling akan membaling bola tripy ke arah pemukul.
6. Pemukul perlu berada di tempat yang ditetapkan dan berada dalam posisi yang bersedia untuk memukul. 
7. Ahli kumpulan A yang lain akan berusaha untuk mendapatkan bola kemudian memasuki kawasan gelanggang dengan melintasi halangan bagi menjaringkan gol.
8. Ahli kumpulan B akan menghalang kumpulan A untuk melambatkan masa bagi menjaringkan gol.
9.  Ahli kumpulan A yang disentuh oleh kumpulan pemadang haruslah berpatah balik ke belakang.
11. Balingan sebanyak 2 kali percubaan diberikan kepada setiap pasukan.
12. Selepas mata diperoleh, kumpulan lawan pula akan memulakan permainan dan begitu juga seterusnya.
13. Pasukan yang mengambil masa yang paling singkat untuk menjaringkan gol akan dikira sebagai pemenang.


4.0 Pelan Perlaksanaan Permainan “TRIPY GAME”.








5.0 Peraturan dan Syarat Permainan “TRIPY GAME”.

1.    Jumlah pemain bagi permainan “Trippy Game” adalah 10 orang.
2. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada lima orang setiap kumpulan. 
3. Kumpulan A akan bertindak sebagai kumpulan pemukul manakala kumpulan B sebagai kumpulan pemadang.
4. Pembaling dari kumpulan A ditugaskan untuk membaling bola kepada pemukul manakala pemukul harus bersedia untuk memukul bola tersebut sejauh yang mungkin dan pastikan bola tersebut keluar dari kawasan permainan. Pembaling diberikan peluang sebanyak dua kali untuk melakukan lambungan.
5. Tiga orang daripada kumpulan A akan berdiri menunggu bola di luar kawasan permainan.
6. Dalam masa yang sama, pemain dari kumpulan B ditugaskan untuk menghalang ahli daripada kumpulan A dari melepasi setiap garisan halangan.
7.  Ahli kumpulan A yang telah disentuh oleh kumpulan B hendaklah ke belakang semula.
8. Ahli kumpulan A yang mendapatkan bola tidak boleh bergerak, mereka perlu melontar atau membaling bola ke arah rakan sekumpulan yang lain.
8.  Setiap peserta tidak boleh keluar daripada ruang kawasan permainan.
9. Setelah mata diperolehi oleh kumpulan A, kumpulan B akan bertindak sebagai pemukul manakala kumpulan A pula sebagai pemadang.
10. Peserta kumpulan A perlu memberi bola kepada pemukul untuk menjaringkan gol. Kumpulan yang menjaringkan gol dalam masa yang paling singkat akan dikira sebagai pemenang. 





6.0  Senarai Alatan Yang Digunakan

1.    -  Bakul


2.    - Kayu tripy


3.   -  Bola tripy


4.   -  Kon


5.   -  Masking tape










No comments:

Post a Comment