Kami Bangga Menjadi Guru

Kami Bangga Menjadi Guru
~PreschooL Education~

Sunday 2 September 2012

Konsep Pergerakan Asas




Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field ‘Pergerakan merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat iaitu kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, beban dan juga perhubungan. Kesedaran tubuh badan bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk. Contohnya seperti aktiviti memusingkan badan atau menggerakkan tangan ke belakang. Aktiviti lain ialah seperti menyeimbangkan badan dari sudut yang pelbagai seperti berdiri menggunakan sebelah kaki. Kesedaran tubuh badan lain ialah memindahkan berat antara anggota badan seperti aktiviti berjalan. Bahagian badan yang terlibat dalam semua aktiviti ini ialah tangan, lengan, kepala, kaki, siku, lutut dan lain-lain. Kebiasaannya aktiviti ini di lakukan sebelum memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.

Konsep pergerakan yang kedua ialah konsep kesedaran ruang. Ruang adalah yang melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi. Lokasi terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri bermaksud ruang yang terdapat di sekeliling kanak-kanak. Ruang am pula bermaksud ruang yang menggunakan semua ruang contohnya seperti dewan dan padang. Arah pula melibatkan aktiviti seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Antara contoh aktiviti yang melibatkan arah ialah seperti ‘passing’ bola ke atas, bawah, kiri dan kanan. Aras pula aktiviti yang melibatkan kedudukan seperti rendah, sederhana dan tinggi. Laluan pula melibatkan kedudukan seperti lurus, melengkung dan juga zig-zag. Manakala yang terakhir ialah ekstensi iaitu melibatkan ruang seperti besar, kecil, jauh dan dekat.

Konsep pergerakan asas yang ketiga pula ialah beban. Beban bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada sesuatu kekuatan. Beban itu di ukur mengikut masa, daya dan juga aliran. Masa bermaksud cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu di lakukan. Contohnya jika beban itu tinggi maka pergerakan juga akan menjadi lambat begitu juga sebaliknya. Daya pulak merujuk kepada kuat atau ringan sesuatu beban itu manakala aliran pula merujuk kepada beban itu terikat ataupun bebas.

Konsep pergerakan asas yang keempat pula ialah perhubungan. Dimana ia berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara hubungan dengan objek adalah seperti atas dan bawah, dekat dan jauh, keliling, sisi, bertemu dan berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin dan ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan dan berkumpulan.





Model Bunker and Thorpe (Teaching Games for Understanding)


PENGENALAN :

Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti LoughborounghSuatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. TGfU ini digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan Jasmani sehingga masa kini.


MATLAMAT TGfU :

Mengembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan   membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan.
Ubahsuai permainan mengikut tahap pelajar.
Menarik minat pelajar terhadap Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Jasmani.



KONSEP :

Bunker & Thorpe telah menghasilkan TGFU pada tahun 1982 kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. 



MODEL KURIKULUM Bunker and Thorpe



Bunker dan Thorpe mempertikaikan pengajaran yang sedia ada iaitu pelajar diberi pendedahan tentang teknik dan kemahiran sebelum diperkenalkan 
kepada permainan sebenar.


KEBAIKAN MODEL :

Lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada.
Kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat demi peringkat
Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka.
Kaedah pengajaran ini mencakupi semua aspek yang perlu   diterapkan kepada kanak-kanak dalam sesuatu permainan




KEBURUKAN MODEL :

Pengubahsuaian permainan mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu.
Peralatan yang digunakan berkemungkinan tidak sesuai untuk permainan.



Pada tahun 2004, Webb & Pearson Telah Mengkategorikan Permainan TGfU kepada 4 Kategori Utama


SASARAN (TARGET)

Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf.


PUKULAN/PADANG

Perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan pukulan dan pasukan padang. Pasukan pukulan akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan padang akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah
Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket.


JARING/DINDING

Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermain dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang
Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.


SERANGAN

Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata
Contoh permainan seperti soccer, basketball dan handball. 





Isu-isu yg timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:

-         Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan

–        Kekurangan pengetahuan tentang permainan

–        Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan

–        Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan

–        Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan







Saturday 1 September 2012

Kerta Kerja Pergerakan Asas


1.0         PENGENALAN

Kemahiran lokomotor memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala, kemahiran bukan lokomotor pula ialah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. Tiga komponen utama dalam Pergerakan Asas ialah Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Ketiga-tiga pergerakan ini ditunjukkan menerusi aktiviti yang telah dirancang dengan memanipulasikan pelbagai alatan yang telah dipilih iaitu bola, gelung dan pundi kacang. Peralatan berat yang digunakan dalam melaksanakan aktiviti ini telah diletakkan di stesen-stesen tertentu. Antaranya ialah bangku panjang, tilam, skitel besar, peti lombol, tangga, dan papan anjal. Pelbagai pergerakan yang berlainan dijalankan di setiap stesen. Aktiviti yang dirancang melibatkan pergerakaan lokomotor atau bukan lokomotor di setiap stesen.

Aktiviti amali ini adalah kemahiran asas yang membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Amali ini dilakukan agar pelajar dapat membezakan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor di samping memperolehi kecekapan yang pelbagai. Selain itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pergerakan menggunakan alatan.

Amali yang dirancang ini melibatkan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan yang seterusnya dapat menguasai kemahiran sukan yang pelbagai serta dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang pergerakan asas.



2.0         MATLAMAT

Kertas kerja Pergerakan Asas ini disediakan bagi mengajar kemahiran asas yang optimum dalam setiap jenis pergerakan agar pelajar-pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran asas sukan dengan betul. Ia juga membolehkan pelajar mengendalikan dan mengawal objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Koordinasi antara mata dengan tangan diperlukan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan. Pergerakan asas ini bertujuan untuk melatih pelajar agar mencapai prestasi yang tinggi dan baik dalam aspek kemahiran-kemahiran pergerakan asas. Misalnya seperti melambung, membaling, melontar, melompat, menangkap, menyambut, dan sebagainya dengan menggunakan alatan.

Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada aktiviti pergerakan asas yang mencabar dan kompleks agar mereka dapat mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Matlamat penghasilan kertas kerja ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelatih agar dapat mempelajari teknik-teknik dan jenis-jenis pergerakan asas.

Justeru, pelajar akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan setelah menjalani aktiviti yang telah dirancang.

  

3.0         OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk:
                 i.       Melatih pelajar melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan.
               ii.       Menguji pelajar dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
              iii.       Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
              iv.       Membantu pelajar meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai bahagian tubuh badan mereka.
               v.       Mempelajari cara untuk menyusun atur pergerakan mengikut ruang dan aliran.
              vi.       Dapat menjana idea dan pemikiran yang kreatif, mereka cipta serta mencipta pergerakan tubuh badan.
             vii.       Melakukan pergerakan kreatif dengan mewujudkan kesedaran diri, ruang, tempat, keseimbangan dan koordinasi.
           viii.       Memupuk kesungguhan, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar.
              ix.       Melahirkan guru-guru pelatih yang kreatif dan berfikiran luas dalam merancang aktiviti yang menarik serta bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.
               x.       Memenuhi kehendak tugasan Kerja Kursus Pendek subjek Pergerakan Asas.



4.0         KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar tahap satu sekolah rendah (Darjah 1, 2, dan 3).


5.0         PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Setiap pelajar perlu melaksanakan pergerakan dengan memanipulasikan alatan dalam setiap pergerakan di semua stesen. Stesen yang telah dirancang merangkumi 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Dalam melaksanakan amali pergerakan ini, pelajar perlu melakukan pergerakan yang berbeza bagi setiap stesen. Pergerakan asas yang dilakukan juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri yang pelbagai dan menarik untuk mengawal dan menggayakan serta mempelbagaikan pergerakan mereka tersebut. Koordinasi juga diperlukan dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan ini.

5.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Bil
Pergerakan
Ahli
Aktiviti / Kemahiran
Catatan
1
Bukan Lokomotor
A/B
Mengilas badan dan melantun bola ke arah kawan.
Bola
2
Lokomotor
A/B
Bergerak secara sisi, melantun dan melambung bola secara berselang-seli.
Bola
3
Bukan Lokomotor
A/B/C
Imbangan gelung menggunakan tiga orang ahli. Orang tengah beroperasi sebagai penyokong  kepada ahli kiri dan kanan.
Gelung
4
Lokomotor
C/D
Menghantar gelung kepada pasangan sambil melambung dan bergerak ke arah sisi.
Gelung
5
Bukan Lokomotor
E
Melutut, sebelah kaki diangkat dan memutarkan gelung secara bulatan dengan menggunakan tangan kanan.
Gelung
6
Lokomotor
C/D/E
Ahli pertama menggolek bola. Ahli lain merangkak sambil memegang kaki ahli didepan.
Bola
7
Bukan Lokomotor
A/B
Lambung pundi kacang kepada pasangan, tepuk tangan sebanyak dua kali sebelum menyambut pundi kacang.


Pundi Kacang
8
Lokomotor
A/B/C
Membaling pundi kacang kepada ahli lain supaya ahli yang berada di tengah tidak dapat menangkap pundi kacang tersebut. (Bermain  Permainan Monyet).
Pundi Kacang
9
Bukan Lokomotor
D/E
Duduk dan melambung pundi kacang kepada pasangan di sebelah sebanyak lima kali.
Pundi Kacang
10
Lokomotor
D/E
Mengawal bola dengan menggunakan dua gelung secara bersilang melalui skitle yang disediakan dalam kedudukan zigzag.
Bola dan Gelung
11
Bukan Lokomotor
D
Membongkok sambil menggolek  bola ke kiri dan kanan sebanyak lima kali.
Bola
12
Lokomotor
A
Berjalan sambil kaki diangkat paras pinggang secara berselang-seli sambil tangan kanan memutarkan gelung.
Gelung
13
Bukan Lokomotor
C
Imbangkan badan dalam keadaan membongkok sambil memutarkan gelung dengan sebelah kaki diangkat.
Gelung
14
Lokomotor
B
Merangkak melalui anak tangga sambil tangan kanan menimbang pundi kacang.


Pundi Kacang
15
Bukan Lokomotor
B/E
Duduk membelakangkan rakan dan menggolekkan bola mengelilingi badan.
Bola
16
Lokomotor
A
Memutarkan bola sambil melakukan pergerakan ketingting.
Bola
17
Bukan Lokomotor
A/B/C/D
Membongkok dan menggolek bola di bawah kangkang yang dibuka seluas bahu ke belakang dan ke hadapan.
Bola
18
Lokomotor
E
Menggolek gelung sambil berjalan.
Gelung
19
Lokomotor
A/B/C/D/E
Peserta pertama, berlari dan melompat. Pundi kacang dilambung ke atas. Peserta seterusnya, berlari dan melontar pundi kacang kepada rakan yang menunggu dan menangkap gelung yang dilontarkan.
Pundi Kacang
20
Bukan Lokomotor
A/B/C/D/E
Duduk dengan kaki dibengkokkan dalam bentuk bulatan sambil menggolek bola dalam bulatan kepada rakan.
Bola




5.1.1 JENIS-JENIS PERGERAKAN

GAMBAR RAJAH 1



GAMBAR RAJAH 2



GAMBAR RAJAH 3



GAMBAR RAJAH 4



GAMBAR RAJAH 5



GAMBAR RAJAH 6




5.2 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS






6.0         RUMUSAN / PENUTUP

Kesimpulannya, kertas kerja dan ujian amali ini telah banyak meningkatkan kefahaman mengenai konsep pergerakan asas yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan memanipulasi alatan. Amali ini sepenuhnya merangkumi pergerakan memanipulasikan alatan dan ia sangat penting kerana merupakan asas untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks untuk diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian manusia dan tujuan sukan. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan.

Pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks bagi tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks. Tujuan kertas kerja ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

Dengan cara mmemanipulasikan alatan, kaedah pengajaran akan lebih menarik dan proaktif di samping pelajar dapat menimba pelbagai faedah dan ilmu baru daripada setiap pergerakan yang dijalankan.

Natijahnya, mudah-mudahan kertas kerja ujian amali Pergerakan Asas (PJM 3102) ini menjadi pedoman kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti dan seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi serta kreatif dan inovatif dalam melaksanakan sesuatu perancangan.



7.0      REFLEKSI

Pergerakan asas yang telah dijalankan dalam kertas kerja ini merupakan perancangan teliti yang perlu kami laksanakan dalam semester ini. Perancangan aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ini merupakan perancangan kedua yang kami telah jalankan semasa di PPISMP semester 1. Pergerakan asas ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabar kerana kami perlu merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan. Walaubagaimanapun, tugasan ini berjaya dilaksanakan melalui kerjasama dan perkongsian idea antara ahli kumpulan.

            Melalui pergerakan asas yang kami telah rancang ini sebenarnya memberi kesan kepada kami dalam merancang aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor serta dapat membezakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti ini juga sebenarnya mengajar kami untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam merancang ativiti supaya dapat diaplikasikan semasa di sekolah kelak. Aktiviti ini juga sebenarnya membantu kami dalam menggunakan alatan dengan cara yang betul kerana sebelum ini kami menggunakannya dengan cara yang kurang tepat. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami dengan menjana idea yang baru. Kami mendapati bahawa pergerakan asas adalah amat menarik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru. Oleh itu, tugasan ini sebenarnya banyak membantu kami dalam merancang pergerakan berserta manipulasi alatan dalam sesuatu pergerakan.

            Tugasan ini juga telah memberikan kami pengalaman yang berguna dan dapat diaplikasikan di sekolah kelak. Aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor ini penting bagi murid-murid agar mereka dapat membezakan kedua-dua pergerakan tersebut. Di samping itu, kami dapat belajar merancang aktiviti pergerakan asas dengan menggunakan istilah-istilah yang betul. Hal ini kerana, sebelum ini kami menganggap istilah melontar dan membaling adalah pergerakan yang sama. Setelah diberi penerangan dengan jelas oleh Puan Lily, kami berjaya menguasai istilah-istilah tersebut serta dapat mengaplikasikan di sekolah kelak tanpa ragu-ragu.

Pada hakikatnya, tugasan ini agak mencabar kerana kami agak keliru dengan pergerakan secara kumpulan dan individu serta cara memanipulasi alatan. Di samping itu, kami dapat meningkatkan daya ketahanan otot-otot badan sepanjang melaksanakan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasi alatan ini. Tugasan ini memberikan kami pengetahuan dan pengalaman baru sepanjang merancang aktiviti ini.