Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar
untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan
masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti.
Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk
perkembangan mental dan sosial. Menurut Baley dan Field ‘Pergerakan merupakan
satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular,
intelektual, sosial, budaya atau fizikal yang rancak. Menurut Freeman pula
pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor
kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti
penjelajahan.
Konsep pergerakan asas sebenarnya menjelaskan tentang
bagaimana kemahiran sesuatu pergerakan itu di lakukan. Dengan ini ia akan
memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep
pergerakan tersebut. Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan
boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk mereka meneroka pergaulan
dan membina pemahaman mereka tentang pelbagai jenis pergerakan badan.
Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat iaitu
kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, beban dan juga perhubungan. Kesedaran
tubuh badan bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk.
Contohnya seperti aktiviti memusingkan badan atau menggerakkan tangan ke
belakang. Aktiviti lain ialah seperti menyeimbangkan badan dari sudut yang pelbagai
seperti berdiri menggunakan sebelah kaki. Kesedaran tubuh badan lain ialah
memindahkan berat antara anggota badan seperti aktiviti berjalan. Bahagian
badan yang terlibat dalam semua aktiviti ini ialah tangan, lengan, kepala,
kaki, siku, lutut dan lain-lain. Kebiasaannya aktiviti ini di lakukan sebelum
memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.
Konsep pergerakan yang kedua ialah konsep kesedaran
ruang. Ruang adalah yang melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi. Lokasi
terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri bermaksud ruang
yang terdapat di sekeliling kanak-kanak. Ruang am pula bermaksud ruang yang
menggunakan semua ruang contohnya seperti dewan dan padang. Arah pula
melibatkan aktiviti seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang.
Antara contoh aktiviti yang melibatkan arah ialah seperti ‘passing’ bola ke
atas, bawah, kiri dan kanan. Aras pula aktiviti yang melibatkan kedudukan
seperti rendah, sederhana dan tinggi. Laluan pula melibatkan kedudukan seperti
lurus, melengkung dan juga zig-zag. Manakala yang terakhir ialah ekstensi iaitu
melibatkan ruang seperti besar, kecil, jauh dan dekat.
Konsep pergerakan asas yang ketiga pula ialah beban. Beban
bermaksud kelajuan sesuatu pergerakan berdasarkan kepada sesuatu kekuatan.
Beban itu di ukur mengikut masa, daya dan juga aliran. Masa bermaksud cepat
atau lambat sesuatu pergerakan itu di lakukan. Contohnya jika beban itu tinggi
maka pergerakan juga akan menjadi lambat begitu juga sebaliknya. Daya pulak
merujuk kepada kuat atau ringan sesuatu beban itu manakala aliran pula merujuk
kepada beban itu terikat ataupun bebas.
Konsep pergerakan asas yang keempat pula ialah
perhubungan. Dimana ia berkait antara hubungan dengan objek dan juga manusia. Antara
hubungan dengan objek adalah seperti atas dan bawah, dekat dan jauh, keliling,
sisi, bertemu dan berpisah. Hubungan dengan manusia pula seperti memimpin dan
ikut, cermin dan padan, solo, berpasangan dan berkumpulan.
No comments:
Post a Comment